25 July 2008

Main rogol-rogol ganti masak-masak

KUALA LUMPUR: Jika selama ini main ‘masak-masak atau main kahwin-kahwin’ begitu sinonim dengan kanak-kanak, namun pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak dalam permainan ‘main rogol-rogol’ sangat menggemparkan.

‘Permainan’ yang bertitik tolak daripada ketagihan menonton VCD lucah itu mendorong kanak-kanak bawah umur terbabit ghairah mencuba melakukan hubungan seks walaupun sesama saudara terdekat.

Lebih memeranjatkan apabila murid sekolah rendah seawal usia 10 tahun itu tergamak menjadikan adik perempuan serta kakak dan adik saudara sebagai bahan eksperimen melakukan perbuatan terlarang terbabit.

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, yang memberikan kaunseling kepada sekumpulan murid sekolah rendah yang dihantar untuk pemulihan akhlak dan akidah di sebuah pusat dakwah di Banting, Selangor, baru-baru ini.

Dalam temu bual pada sesi kaunseling itu, katanya, tiga murid lelaki, masing-masing berusia 11 tahun dan seorang berumur 10 tahun, membuat pengakuan jujur mengenai keterlanjuran mereka melakukan zina akibat terangsang selepas menonton VCD lucah.


Katanya, seorang daripada murid terbabit yang dikenali sebagai Amir, 11, mendakwa gagal mengawal nafsu sebelum mencabul kehormatan adik kandung sendiri berusia enam tahun.

“Amir yang berasal dari pinggir ibu kota mendakwa kerap menonton VCD lucah yang akhirnya mendorong dia menjadikan adik kandung sendiri sebagai mangsa pemuas nafsu.

“Saya diberitahu ketika kejadian, Amir menonton VCD lucah bersama rakan di rumah ketika ibu dan bapa keluar bekerja,” katanya.

Akibat tidak dapat mengawal gelojak nafsu, Amir menarik adiknya masuk ke bilik sebaik rakan beredar.

“Adiknya yang berusia enam tahun tidak mampu berbuat apa-apa berikutan si abang lebih ‘pandai’ akibat terpengaruh dengan perbuatan dalam VCD lucah. Malah, dia memberitahu, perbuatan terbabit sekadar ‘main rogol-rogol’ saja,” katanya.

Beliau berkata, perbuatan tidak bermoral kanak-kanak terbabit hanya diketahui ibu bapanya selepas adik perempuan mengadu mengenai perlakuan jijik si abang.

“Amir memberitahu dia dipukul teruk dan tidak dibenar keluar rumah serta bergaul dengan rakan hingga dihantar ke pusat itu untuk mendapat bimbingan,” katanya.

Ahmadi berkata, Amir mendakwa mudah mendapatkan VCD lucah daripada rakan selain membelinya di pasar malam berhampiran dengan menggunakan wang saku pemberian ibu bapa.

Seorang murid yang dikenali sebagai Ashraf, 10, pula mengaku melakukan perbuatan ‘main rogol-rogol’ itu bersama kakak saudaranya yang berusia 12 tahun dan puncanya juga sama iaitu pengaruh VCD lucah.

“Ashraf memberitahu, ketika kejadian dia dan kakak saudaranya menonton VCD lucah bersama selama dua jam sebelum kanak-kanak perempuan itu mengajaknya ke bilik,” katanya.

Selepas itu, katanya, mereka melakukan aksi sama seperti dalam VCD berkenaan selama lima minit sebelum dilihat bapa tiri Ashraf yang pulang ke rumah.

Seorang lagi murid berusia 11 tahun dikenali sebagai Kamal terjebak dengan aktiviti ‘main rogol-rogol’ bersama adik saudaranya.

Kanak-kanak berkenaan yang tinggal di ibu negara mendakwa terpengaruh melakukan seks selepas menonton VCD lucah yang dipinjam daripada rakan.

Pengakuan jujur ketiga-tiga murid terbabit yang dirakamkan menggunakan perakam video dianggap gejala sosial memeranjatkan berikutan membabitkan kanak-kanak belum baligh.

29 June 2008

Azizah dedah gambar Saiful Bukhari dengan orang kanan Najib

Terkini!!!!!Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media sebentar tadi mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

ImageGambar itu akhirnya mencetus tanda tanya samada kes dakwaan liwat terbaru membabitkan Anwar itu adalah berpunca dari konspirasi seseorang.

Beliau tidak mendedahkan siapa yang menyerahkan gambar tersebut namun disyaki adanya konspirasi seperti kes pada tahun 1998 membabitkan Anwar.

Namun menurut sumber, Saiful adalah Pegawai Khas Anwar yang menjadi sukarelawan ketika pilihan raya umum lalu dan beliau dikatakan bukan ahli KeADILan.

Wan Azizah yang mengulas perkembangan terbaru itu menyatakan rasa kecewa dengan dakwaan tersebut yang dikatakan sekali lagi untuk menjatuhkan Anwar.

Malah menurut Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, kini konspirasi itu bukan sahaja untuk menjatuhkan Anwar malah mengancam hidup Anwar.

Pimpinan KeADILan sepakat mengecam konspirasi terbaru ini yang nyata sekali untuk menjatuhkan Anwar tatkala perkembangan KeADILan semakin hampir memerintah kerajaan, kata Syed Husin.

Pimpinan KeADILan sendiri sepakat tidak mempercayai dakwaan Saiful itu malah menyokong penuh kepimpinan Anwar.

Suasana di perkarangan hotel dekat sini semakin bising dengan laungan reformasi dan takbir.

Sejak semalam, timbul desas-desus yang menyatakan bahawa Anwar akan ditahan ekoran satu laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.

Laporan tersebut dibuat oleh pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa telah diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

ImageSumber KeADILan mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu khas Anwar semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Sementara Saiful Bukhari dikatakan sedang memberi keterangan di salah sebuah balai polis di Kuala Lumpur.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan dalam laporan tersebut dan mendakwanya ianya merupakan satu rekaan semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk 'menyerangnya' sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salah laku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Anwar dijangka membuat laporan polis berhubung bukti-bukti yang diperolehinya itu hari ini.

Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan perkara itu tetapi tidak diketahui bila dan di mana laporan itu akan dibuat.

Dalam kenyataannya pagi tadi, Wan Azizah berkata, Saiful merupakan seorang sukarelawan yang tampil membantu KeADILan, sewaktu pilihan raya umum lalu.

Ekoran itu, katanya, mereka tidak membuat sebarang semakan latar belakang pengadu.

ImageMengenai laporan tersebut, beliau berkata, ia bertujuan untuk mencemarkan masa depan politik Anwar.

Menurut Wan Azizah perkara yang sama berlaku sepertimana 10 tahun yang dulu.

Anwar, bekas TPM dan Menteri Kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

13 June 2008

13 Julai - Demo Kenaikan Harga Minyak

About 2,000 people marched from Kampung Baru mosque after Friday prayers to the iconic Twin Towers in Kuala Lumpur to protest against last week's sharp rise in petrol prices.

05 June 2008

Pak cik terlampau - Budak Jolai

GEMAS: Umurnya 52 tahun, tapi sanggup menjadi pelakon aksi seks bersama seorang gadis berusia 21 tahun menggunakan telefon bimbit dalam sebuah pondok dalam kebun getah di Felda Jelai 3 dekat sini, dipercayai bulan lalu, untuk simpanan peribadi.

Dia yang juga peneroka di Felda terbabit meminta bantuan seorang rakan berusia 21 tahun sebagai jurukamera serta pengarah merakam tiga adegan seksnya itu.

Bagaimanapun, tiga rakaman bertajuk ‘Budak Jolai’ itu tersebar meluas hingga ada penduduk membuat laporan polis kerana malu dengan perbuatan meloyakan peneroka terbabit.

Tiga rakaman berasingan yang keseluruhan mengambil masa kira-kira 10 minit itu memaparkan adegan jijik lelaki tua itu bersama pasangannya.

25 May 2008

Anak Pontianak buat hal lagi



KUALA LUMPUR: “Itu memang gambar saya. Saya ambil gambar itu untuk koleksi peribadi, tetapi ada pihak tertentu yang menyebarkannya,” kata Zarina An-Julie Fahizul, 21, pelakon remaja yang dikaitkan dengan ‘gambar panas’ di Pantai Port Dickson disiarkan di muka depan Harian Metro, semalam.

Menurut Zarina, dia turut mengaku hadir ke parti di pantai berkenaan tetapi tidak memakai pakaian seksi sehingga menampakkan payu dara.

Katanya, ada lagi artis lain yang datang, tetapi mengapa pula hanya dia yang menjadi mangsa.

“Saya hanya memakai pakaian itu ketika mahu mengambil gambar untuk koleksi peribadi. Saya bergambar dengan pakaian itu untuk seketika dan kemudian memakai semula pakaian yang bertutup.” katanya


Zarina berkata, dia benar-benar terkejut gambar peribadinya itu tersebar di internet.

Katanya, dia kesal mengapa dia saja yang kerap menjadi mangsa kontroversi.

“Keluarga saya turut terkena tempiasnya (akibat penyebaran gambar itu). Keluarga mana yang suka jika berdepan situasi seperti itu. Saya kata kepada mereka (keluarga) apa yang saya buat itu memang salah. Saya perlu mengakuinya,” katanya.

Menurut Zarina, dia bukan tidak mengambil pengajaran ketika gambarnya di disko satu ketika dulu tersebar, tetapi apa yang berlaku adalah di luar pengetahuannya.

“Sejak gambar saya di disko dulu tersebar, saya sehingga kini tidak ke disko kerana bimbang terus dikaitkan dengan kontroversi.

“Kini saya sekali lagi menjadi mangsa. Begitupun, apa boleh saya buat sebab benda sudah berlaku. Saya minta maaf jika ada yang tersinggung,” katanya.

Ditanya mungkinkah dia mahu berbuat sesuatu bagi membersihkan namanya, Zarina berkata kali ini dia akan benar-benar memikirkannya.

“Dulu saya buat tak kisah, tetapi kini saya akan benar-benar memikirkannya,” katanya yang mengakui masih aktif berlakon dan tidak akan putus asa walaupun dihambat pelbagai kontroversi.